Monday, August 07, 2006

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Assalamualaikum para ahli Kelab UMNO sekalian.

Pihak Kelab ingin menghulurkan jemputan kepada saudara-saudari untuk turut menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat yang akan diadakan pada minggu ini. Butirannya seperti berikut:

Tarikh : 11 Ogos, 2006 (Jumaat)

Tempat : Dewan Malaysia

Masa: Solat Isya' bermula pukul 7.30 pm tepat!

Tujuan : - Memohon keredhaan Allah s.w.t.
- Minta permudahkan urusan semester baru.
- Doakan kejayaan dan kemudahan urusan Kelab UMNO di bawah jawatankuasa baru.


Jamuan ringan akan disediakan selepas majlis, insya Allah.

Kehadiran anda semua sangat dihargai. Cuma Allah yang mampu membalasnya.



Terima Kasih Daun Selasih


Dalam Perhimpunan Agung Cawangan yang dilangsungkan pada 5 Ogos yang lepas di Dewan Malaysia, para ahli telah menyaksikan peralihan tanggungjawab daripada jawatankuasa 2005/2006 ke jawatankuasa baru.

Posisi yang telah dipertandingkan dan pemenangnya ialah:

Ketua Cawangan : Khairul Anwar Mohammad Othman
Timbalan Ketua Cawangan : Faiz Nur Mustaqim Fazil
AJK Am :

Shaheera Djafar
Nadirah Mohammad Othman
Rifhan Zharif Razali
Faisal Abdul Latif ( bekas Ketua Cawangan)
Ida Haryani Mohd Khairi ( bekas Ketua Penerangan)

Jawatan-jawatan yang belum diisi ialah:

Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
AJK Am

Maklumat lanjut akan diumumkan secepat mungkin.


Kepada jawatankuasa cawangan 2006/2007, selamat menjalankan tugas.

Kepada jawatankuasa cawangan 2005/2006, terima kasih daun selasih.