Sunday, April 19, 2009

Hidup Bola Futsal Tournament







Pada hari Sabtu, 18hb April 2009, Kelab UMNO New South Wales (KUNSW) bersama-sama Persatuan Pelajar Muda Sydney (PPMS) telah menganjurkan acara ‘Hidup Bola Futsal Tournament’ di University of Sydney Aquatic Centre, Australia.

‘Hidup Bola Futsal Tournament’ dianjurkan bertujuan mengisi masa lapang pelajar-pelajar sempena cuti Easter seminggu di sini.

Sebanyak 17 pasukan telah sertai acara tersebut; 12 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan. Kelab UMNO ACT (Canberra) juga turut memeriahkan acara dengan menghantar satu pasukan futsal lelaki.

Selain pemain, ramai juga penyokong yang hadir dengan penuh semangat menyokong pasukan rakan-rakan mereka.

Acara berlangsung dari jam sepuluh pagi sehingga jam enam petang dan diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah.

Johan bagi kategori lelaki jatuh kepada Kumpulan Macha manakalah johan kategori perempuan jatuh kepada Kumpulan Aishah.

Atas jasa baik 100PLUS, setiap pasukan juga telah diberi 12 tin air 100PLUS.

Kejayaan ‘Hidup Bola Futsal Tournament’ adalah satu pencapaian besar bagi kedua-dua kelab. Sudah menjadi harapan KUNSW untuk terus menganjurkan aktiviti-aktiviti seangkatan pada lain masa.

Sekian.


Erina Zahara Ellias
Pengerusi
Kelab UMNO New South Wales (KUNSW)

+ Gambar jasa baik Aiman M. Nasir +

1 comments:

Anonymous said...

hi there.nak tanye sket...ade sesape knal my big bro faiz nur mustaqim?